Cara Root Sony Xperia Ion Tanpa Perlu Unlock Bootloader

Sony Xperia Ion
Bagi penguna Sony Xperia Ion, anda boleh root peranti anda dengan beberapa cara sahaja tanpa perlu unlock bootloader terlebih dahulu. Dengan mengunakan cara terbaru ini, anda hanya perlu beberapa kali klik sahaja untuk root Xperia Ion anda. Namun, pastikan anda mengunakan firmware 6.1.E.3.7 sebelum memulakan proses ini.

Cara-caranya ialah:
1) Download ERoot dan extract pada komputer anda.
2) Sila pergi ke bahagian Setting > Developer Option > Tick USB Debugging
3) Pergi pula ke bahagian Setting > Security > Tick Unknown Sources
4) Matikan perisian anti-virus anda buat sementara waktu
5) Samsungkan Xperia Ion anda ke komputer dan biarkan beberapa minit untuk memasang driver
6) Jalankan fail ERoot-1.0.14.exe sebagai administrator (Run As Administrator) dan klik root
7) Tunggu hingga selesai.

Itu sahaja proses root untuk Xperia Ion anda. Apabila proses root berjaya, superuser akan dipasang pada Xperia Ion anda dan sila kemaskini superuser untuk binary terkini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
m4s0n501