Sony Xperia Tablet Z Bakal Dijual Di Malaysia Pada Suku Kedua 2013

Xperia Tablet Z
Selain daripada Sony Xperia Tablet S yang dilancarkan tahun 2012 yang lalu, Sony Xperia Tablet Z pula hadir untuk 2013 yang membawakan rekaan premium padanya sepertimana Sony Xperia Z. Sony Xperia Tablet Z bakal dipasarkan di Malaysia pada suku kedua tahun 2013.

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia Tablet Z hadir dengan skrin berdefinisi penuh 1080p sebesar 10.1 inci. Ia juga turut menyertakan sokongan LTE dimana telco di Malaysia sudah mula memasang kelengkapan LTE mereka. Selain daripada itu, Sony Xperia Tablet Z lebih nipis daripada Sony Xperia Z. ia juga turut dikuasakan dengan pemprosesan empat teras, 2GB RAM, kamera utama 8 megapiksel, kamera panggilan video 2 megapiksel, menyokong Sony Mobile Bravia Engine 2 dan dikuasakan oleh Android 4.1 Jelly bean. Ia bakal hadir dengan 2 versi iaitu LTE dan WiFi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...