Cara root Sony Xperia Miro

Xperia Miro
Xperia Miro merupakan salah satu peranti mampu milik untuk Xperia 2012. Memandangkan Sony telah mengemaskini Firmware Xperia Miro, jadi ia agak sukar bagi mereka yang telah mengemaskini ke versi terkini Firmware iaitu 11.0.A.5.5.

Jika anda telah mengemaskini ke Firmware 11.0.A.5.5, anda perlu mengunakan langkah dibawah untuk fungsi root berfungsi pada Firmware 11.0.A.5.5. Dimana anda perlu flash ke Firmware lama iaitu 11.0.A.2.10.

Apa yang perlu anda lakukan.
1) Sambungkan Xperia Miro anda ke komputer dan tunggu jika berlaku proses pemasangan driver.
2) Pastikan Flashtool sudah terpasang pada komputer anda
3) Hidupkan atau Tick Unknown Sources (Setting > Security > Tick “unknown sources”)
4) Hidupkan atau Tick USB Debugging (Setting > Developer Option > Tick USB Debugging)

Downgrade Firmware ke 11.0.A.2.10
1) Download Firmware 11.0.A.2.10
2) Salin Firmware 11.0.A.2.10 ke C:\Flashtool\Firmware\
3) Buka Flashtool (Tekan button “Kilat” > Pilih Flashmode > Pilih fimrware 11.0.A.2.10 > tekan ok)
4) Matikan Xperia Miro anda dan cabut kabel USB. Selepas itu, tekan volume down (Jangan lepaskan) dan sambungkan semula Xperia Miro anda mengunakan USB
5) Tunggu hingga proses flash selesai.

Cara root firmware 11.0.A.2.10
1) Download Xperia Miro Root
2) Extract Xperia-ROOT.rar
3) Buka fail 01-local-prop dan ikut arahan yang diberikan
4) Bila proses selesai, matikan Xperia Miro anda.

Cara flash ke firmware 11.0.A.5.5
1) Download Firmware 11.0.A.5.5
2) Salin Firmware 11.0.A.5.5 ke C:\Flashtool\Firmware\
3) Buka Flashtool (Tekan button “Kilat” > Pilih Flashmode > Pilih fimrware 11.0.A.5.5 > tekan ok) [Jangan tick pada WIPE DATA, cuma perlu tick WIPE CACHE]
4) Selepas itu, tekan volume down (Jangan lepaskan) dan sambungkan semula Xperia Miro anda mengunakan USB
5) Tunggu hingga proses flash selesai.

Cara root firmware 11.0.A.5.5
1) Buka folder Xperia Root tadi
2) Hidupkan atau Tick Unknown Sources (Setting > Security > Tick “unknown sources”)
3) Hidupkan atau Tick USB Debugging (Setting > Developer Option > Tick USB Debugging)
4) Jalankan fail 02-local-prop dan ikut arahan yang diberikan
5) selesai. Xperia Miro anda berjaya di root jika aplikasi superuser terpasang pada Xperia Miro anda

* Sila kemaskini perisian superuser anda pada Google Play Store.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...