Cara Root Xperia P

Sony Xperia P
Sony Xperia P adalah model yang menyerupai Sony Xperia S yang berada dalam siri Xperia 2012. Xperia P juga turut menerima kemaskini Android 4.0.4 pada tahun lalu. Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk root Sony Xperia P anda yang mengunakan Android 4.0.4 (Ice Cream Sandwich).

Langkah-langkahnya:
Persediaan untuk downgrade kernel
1) Downgrade kernel anda ke versi 6.1.B.0.599 mengunakan Flashtool (Anda boleh mendapatkan Flashtool disini)
2) download Kernel:
6.1.B.0.1.54
6.1.1.B.1.75
6.1.1.B.599
3) Download Xperia P Root Tool
4) Pastikan Flashtool sudah terpasang pada komputer anda
5) Hidupkan atau Tick Unknown Sources (Setting > Security > Tick “unknown sources”)
6) Tukar ke mod MSC (Setting > Xperia > Connectivity > USB Connection Mode > Tukar jadi Mass storage mode (MSC)
7) Hidupkan atau Tick USB Debugging (Setting > Developer Option > Tick USB Debugging)

Flash kernel
8) salin kernel 6.1.1.B.599 ke C:\Flashtool\Firmware\
9) Buka Flashtool (Tekan button “Kilat” > Pilih Flashmode > Pilih kernel yang betul dan tekan kernel.sin > tekan ok)
10) Ikut arahan yang diberikan dan hidupkan semua Xperia P anda (Proses boot akan lambat seketika)
Perhatian: Mungkin phone anda akan tersekat pada logo Sony. jika perkara demikian berlaku, teruskan ke proses seterusnya.

Proses root Xperia P bermula
11) Pastikan flashtool telah ditutup dan sambungkan Xperia P anda ke komputer.
12) Biarkan selama 2-3 minit jika berlaku pemasangan driver
13) Extract fail Root_with_Restore_by_Bin4ry-XP.zip yang dimuat turun tadi dan jalankan fail runme.bat
14) Ikut arahan yang diberikan

Flash ke kernel asal
15) Salin kernel 6.1.B.0.1.54 atau 6.1.B.0.1.75 (Disyorkan) ke C:\Flashtool\Firmware\
16) Buka Flashtool (Tekan button “Kilat” > Pilih Flashmode > Pilih kernel yang betul dan tekan kernel.sin > tekan ok)
17) Ikut arahan dan hidupkan semula Xperia P anda
18) Xperia P anda telah berjaya di root jika aplikasi Superuser terpasang, bermakna proses root anda berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
p5rn7vb