Cara Root Xperia J Tanpa Perlu Unlock Bootloader

Xperia J
Sony Xperia J adalah salah satu model Xperia siri 2012 yang dikategorikan sebagai smartphone “low end”. Walaupun begitu, ia masih lagi disertakan dengan sistem operasi Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich dan bakal menerima kemaskini Android 4.1 Jelly Bean.

Dalam tutorial kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk root Sony Xperia. Sebelum memulakan proses root, sila pastikan versi firmware anda terlebih dahulu.

11.0.A.3.18 (Boleh Root)
11.0.A.3.28 (Boleh Root)
11.0.A.7.5 (Boleh Root)
Sila rujuk artikel ini Cara Root Xperia J 11.0.A.7.5

Sila pastikan segala driver berkaitan Xperia J sudah terinstall pada komputer anda ataupun Sony PC Companion sudah terinstall sebelum memulakan proses ini.

1) Sila pastikan Xperia J anda mengunakan firmware 11.0.A.3.18 atau 11.0.A.3.28 sahaja. (Setting > About Phone > Build Number)
2) Hidupkan atau Tick USB Debugging (Setting > Developer Option > Tick USB Debugging)
3) Download Xperia J Root 18 28 dan Extract.
4) Sambungkan Xperia J anda pada komputer
5) Run As Administrator Runme.bat
6) Tunggu sehingga proses selesai
7) Apabila proses selesai, restart Xperia J anda dan jika aplikasi Superuser terpasang, bermakna proses root anda berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
p5rn7vb