Cara Root Xperia J 11.0.A.7.5

Xperia J
Sebelum ini saya pernah menulis Cara Root Xperia J Tanpa Perlu Unlock Bootloader. Namun kaedah itu hanya terhad untuk versi 11.0.A.3.18 dan 11.0.A.3.28. Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk root 11.0.A.7.5 pula.

Sila pastikan segala driver berkaitan Xperia J sudah terinstall pada komputer anda ataupun Sony PC Companion sudah terinstall sebelum memulakan proses ini.

1) Sila pastikan Xperia J anda mengunakan firmware 11.0.A.3.18 atau 11.0.A.3.28 sahaja. (Setting > About Phone > Build Number)
2) Hidupkan atau Tick USB Debugging (Setting > Developer Option > Tick USB Debugging)
3) Download Xperia J Root For 11.0.A.7.5 dan Extract.
4) Jalankan fail 01-local-prop.cmd dan tunggu hingga selesai
5) Flash firmware 11.0.A.7.5 mengunakan flashtool. Pastikan anda jangan tick check wipe data. Selepas proses flash selesai (Ikut arahan yang diberikan oleh flashtool, hidupkan Xperia J anda semula.
6) Jalan pula fail 02-push-root-file daripada fail zip yang didownload sebentar tadi dan tunggu hingga selesai
7) Apabila proses selesai, restart Xperia J anda dan jika aplikasi Superuser terpasang, bermakna proses root anda berjaya.

Kemaskini:
Cara root Sony Xperia Tipo Dual dan Xperia J dengan mudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
p5rn7vb